Pages

Join The Community

Tuesday, February 15, 2011

100th Reader, QR Code, dan Facebook Page.

100th follower? X sempat nak tangkap.hek2.
Semalam blog ni baru mencecah 100 Reader, xde apa yang nak dibanggakan pun sebab aku tau blog korang sume dah 1000 lebih orang follow kan.hek2. just yang menariknya Reader yang ke 100 adalah adik aku sendiri.  Dan nak lagi tambah menarik aku sebenarnya adalah orang ke 100 juga yang memfollow beliau beberapa minggu lepas. xpercaya tengok link nih. Suratan atau kebetulan? taktau la aku.keh2.

QR code to this blog.

Sempena itu aku saje-saje nak bercerita tentang QR code yang aku tepek kat sebelah page ni, korang tahu ape itu QR code? QR code ni singakatan kepada perkataan Quick Response code, dia seakan-akan bar code yang ada kat setiap produk kat kedai, tapi ini lagi canggih sikit sebab dia lagi macam-macam function, leh guna untuk nombor telefon, website, blackberry messenger dan macam2 lagi. Kebanyakan smartphone sekarang ada QR code reader masing, kalau korang guna iPhone/iPod4, BlackBerry atau Android OS phone. Cuba check tentang QR code dekat internet pasal handphone-handphone korang. 3310 xde dalam senarai ok.

Bagi yang berminat nak buat QR code untuk website korang atau apa-apa link korang leh pergi sini.

Like lah kat sebelah tuh.
Selain itu aku jugak baru buat FB page untuk blog ni, saje je try-try, baru bape kerat like. Sebenarnya nak linkkan blog ni dengan sane pun xreti, tapi kalau korang xde keyboard leh la like.guna mouse jek.heheh.

0 comments:

Post a Comment