Pages

Join The Community

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Berapa Banyak Bas Nak Terbalik Da...

Pagi-pagi baca paper berita harian cerita pasal bas terbalik lagi..ntah ape nak jadi la ngan bas2 kat mesia ni. Anyway, takziah kepada mangsa-mangsa serta keluarga. Berhati-hatilah nak naik bas lepas-lepas nih..

Lagi bas dua tingkat terbalik
Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/12/27

  KEADAAN bas dua tingkat milik Mahligai Ekspress terbalik selepas terbabas di Kilometer 363 Jalan Baru Raub-Bentong dekat sempadan Bentong Raub,   awal pagi semalam.
KEADAAN bas dua tingkat milik Mahligai Ekspress terbalik selepas terbabas di Kilometer 363 Jalan Baru Raub-Bentong dekat sempadan Bentong Raub, awal pagi semalam.
2 parah, lapan cedera di Jalan Raub-Bentong

RAUB: Sebuah lagi bas dua tingkat terbalik, kejadian kedua dalam tempoh seminggu menyebabkan lapan cedera, termasuk dua parah dalam kemalangan di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi semalam.
Kejadian jam 5.20 pagi itu membabitkan bas milik Mahligai Ekspres dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Klang, berlaku kira-kira 500 meter dari sempadan Raub-Bentong.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman, berkata dua penumpang yang cedera parah masing-masing dimasukkan ke Hospital Raub dan Hospital Temerloh, manakala enam lagi diberi rawatan pesakit luar.

"Seorang penumpang lelaki berusia 40-an patah tulang rusuk dan cedera di kepala, manakala seorang penumpang wanita berusia 30-an cedera di perut.

"Enam lagi penumpang yang cedera dibenar meneruskan perjalanan selepas menerima rawatan," katanya dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu kerana ia berlaku di jalan yang lurus dan cuaca baik.
Wan Shamsudin berkata, siasatan mendapati bas berkenaan yang baru sebulan digunakan membawa 42 penumpang, bertolak dari Kota Bharu pada kira-kira jam 9.30 malam.

"Ujian air kencing mendapati pemandu berusia 46 tahun terbabit negatif dadah, tetapi siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu tiga penumpang bas terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Benta pada kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, tiga penumpang terbabit didapati positif dadah selepas dijalankan ujian air kencing.


SUMBER RASMI BERITA HAIRAN

Malaysia 3 Indonesia 0?

walaupun aku xlayan sgt bola2 tp kalau smpy melibatkan negara aku tengok jugak la..wlaupun tgk kat tb 1,dengan penuh semut dekat skrin tb dan kaler itam putih aku melayan la jugak sorang2 sampai abes match..(rumah aku dah xde astro,ade stimix jek)

disebabkan aku tension xdapek tengok gol2 td yg sebetulnye,maklumlah tb bersemut.terpaksa aku cari video gol malaysia lawan indonesia malam td..agak handal la jugak gol dia,,kira world klas gak la bg aku..just segelintir penyokong(xsure malaysia atau indon) yg wat hal main laser tuh..tp gol2 tuh aku rasa bukan sebab indon kene laser pun.heheh.

tp dikira2 balik,,indonesia pun penah buat hal pasal laser tu jugak dari match yg sebelum2 ni jugak kat mesia..ni ha video yg dijumpai..kene la balik kan..


kan keeper mesia pun penah kene jugak tu.,.papehal goodluck la mesia eh kat indon nti..macam bahaya je kat indon tuh nti.