Pages

Join The Community

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Update sebab lame xupdate. Sila abaikan bebelan ini.

fuh..minggu yang terlalu bz.sampai xsempat langsung nak update blog. bz ngan klas.bz ngan test. padahal test jawab macam haram jek.g klas pun bukan nak stadi betul2,,sibuk jek main gem.sibuk jek buat avatar lecturer aku,buat avatar kawan2.bosan duk dalam klas.nak update blog pun xde cerita menarik.bace2 paper pun politik manjang,malas nak layan.bace discovery news pun xde bende yang menarik sangat nak dishare.NYTimes pun same,,bloomberg lagi la boring.hek2.

2 3 ari lepas aku pusing2 dalam appstore,,saje membazirkan itunes credit aku nak beli apps yang bukan-bukan.jumpe apps WeeMee. apps ni boleh buat avatar yang menarik,lagi-lagi kalau korang kreatif,,aku xde la kreatif sangat,tapi kalau dah duduk dalam kelas tu lecturer bebel bukan-bukan aku pun dah xmasuk mende yang dia bebel tuh,mule lah aku amek ipod aku buat avatar lecturer.xcukup lecturer,,kawan-kawan sekitar pun jadik mangsa.keh2.jadi inilah hasil-hasil avatar yang aku dah buat.xde la banyak.saje nak taruk sebab lame xupdate blog.

ini lecturer aku nama beliau PM Tan

ini En. Fauzi

ini awek paling sempoi kat kelas nama dia Jojo,nak kenal sila tinggalkan nombor fon anda.hahaha

Kay

Sahlan

Payid aka Boh

aku yang kacak lagi bergayo.haha.

Han yang tua tapi perangai xmatang.haha.

Kadim

Pelat

Ahmad Hakimie.

Joe

Pika pika.heheh.


Sebenarnya saje nak tunjuk macam2 variasi orang yang boleh dibuat guna WeeMee nih. Tapi kalau muke atau rambut yang type alien yang xwujud dalam apps nih korang boleh lah gune ini sebagai ganti muke korang.

contoh terbaik.

So kalau korang berminat nak ade avatar sebegini,yang guna ios gadget boleh lah download kat appstore dengan harge $0.99 jek(search apps weemee),,dan kalau korang guna pc korang boleh buat free rasanya,aku malas nak try sebab dah guna kat ipod jek,korang cek it out sendiri yaw dekat http://www.weeworld.com/.

Wednesday, January 26, 2011

1Malaysia.com sedia ganti Facebook??



Semalam aku tengah sesedap online fb tetiba ade orang post pasal 1malaysia.com
saje2 la aku bukak,rupe-rupenye social network ala-ala fb yg belum siap.macam menarik lah kan sebab dia guna nama pun 1 malaysia.dengar cerita, masa desas desus khabar angin FB nak ditutup ni diorang buat statement yang mereka dah sedia ganti facebook(saing-saing dR Rozmey punya dRbook kowt??haha.)papepun aku dah try,,xde yang menarik sangat ah,just yg peliknya kalau korang post ape2 status ke ape2 ke dia terus kluar dekat wall yang semua orang boleh baca..adakah itu konsep ataupun memang website ni belum siap sepenuhnya??

papepun meh la add aku kat 1malaysia.com (kalau anda join la.haha)
http://1malaysia.com/profile/amroll

 sumber dari paper lama.terlembab rupanye aku nih..

Isnin Januari 17, 2011
1malaysia.com sedia ganti Facebook


Oleh IZRA ABD RAHMAN
Ezran (kiri) dan Yew Hong melihat sambutan yang diterima orang ramai terhadap laman web sosial 1malaysia.com yang dibuka kepada umum 12 Januari lalu.

DI SAAT seluruh warga dunia asyik ‘melayan’ Facebook, laman web sosial paling popular, seluruh masyarakat dunia digemparkan dengan laporan bahawa laman itu bakal ditutup tidak lama lagi.

Mendengar khabar belum pasti itu, setiap yang mendaftar sebagai pengguna Facebook tertanya-tanya apakah laporan itu benar atau sekadar khabar angin semata-mata.

Tidak lama selepas khabar angin ‘penamatan riwayat Facebook’ dan tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan tentang penutupan laman web itu, maka ramailah peminat setianya yang tersenyum dan menarik nafas lega.

Apa yang pasti, usikan nakal untuk seluruh pengguna Facebook di dunia itu membuatkan manusia terlopong seketika, membayangkan apa akan berlaku terhadap dunia masing-masing tanpa laman web sosial itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CASO Sdn Bhd, Ezran Baharum berkata, ia bukan satu perkara mustahil apabila terdapat desas-desus tentang penutupan operasi Facebook yang dikatakan akan bermula Mac ini.

Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT), pemuda 27 tahun ini berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat atas beberapa faktor termasuklah ketagihan melampau masyarakat dunia terhadap laman itu.

“Saya tak terkejut mendapat perkhabaran ini. Kalau betul ia akan ditutup, dapat kita katakan mungkin kerana pengasasnya telah mencapai satu peringkat kejayaan yang dia sendiri tidak jangkakan sebelum ini,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

Menurut Ezran yang banyak terlibat dengan bidang pembangunan ICT dan multimedia, ramalan tersebut dibuat setelah mengkaji latar belakang Mark Zuckerberg dan bagaimana anak muda itu membangunkan laman web sosial itu tidak lama dulu.
Ezran Baharum

Zuckerberg yang pernah menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dikatakan tidak menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan seperti yang diperolehnya sekarang apabila beliau membina Facebook, sebaliknya hanya bermatlamat mewujudkan sebuah rangkaian sosial di kalangan pelajar universiti.

Tuah Zuckerberg, tanpa disangka-sangka Facebook terus mendapat perhatian ramai dan berjaya meluaskan rangkaiannya ke seluruh pelosok dunia, termasuklah Malaysia.

Dalam pada itu, Ezran tidak menolak kemungkinan seandainya benar Facebook ditutup, ia juga ada kaitan dengan sikap masyarakat dunia yang terlalu obses terhadap laman tersebut.

“Mungkin beliau mahu bawa orang seperti itu keluar daripada ketagihan. Dalam masa yang sama mungkin beliau juga ingin keluar dari tekanan yang terpaksa dihadapinya.

“Sememangnya tidak mudah untuk menguruskan sebuah laman web yang beroperasi tanpa henti di seluruh dunia,” jelasnya yang sedang membangunkan laman web sosial, 1malaysia.com.

Patah tumbuh, hilang berganti

Sekiranya Facebook dihapuskan, penggemar-penggemar laman web sosial tidak perlu bimbang atau kecewa.

Ini kerana, banyak individu dan syarikat di seluruh dunia sering berlumba-lumba membangunkan laman web yang sama atau yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini.
Ezran (kiri) dan Yew Hong yakin laman web sosial yang dibangunkan mampu menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Malah terdapat banyak laman alternatif seperti Twitter, MySpace dan Friendster yang boleh dilayari.

“Memang akan ada yang kecewa. Dulu masa Michael Jackson tiada pun ramai yang sedih, tapi sekejap sahaja, bila ada penyanyi baru yang berbakat, mereka terima juga, ini semua adatlah.

“Dalam hal ini, kalau pengguna bertemu dengan laman web baru seumpamanya, mereka akan lupa yang lama dan beri fokus kepada yang baru,” ujarnya.

Mengulas kesan terhadap ekonomi negara seandainya Facebook benar-benar ditamatkan operasi, graduan Universiti Lim Kok Wing ini berkata, ia mungkin berlaku tetapi kesan tersebut terlalu kecil.

Pun begitu, Ezran bersetuju ketiadaan Facebook bakal memberi impak negatif terhadap syarikat dan individu yang sebelum ini menjana pendapatan sepenuhnya dengan laman itu.

“Mereka yang bergantung seratus-peratus dengan Facebook untuk bisnes mungkin terpaksa mencari alternatif lain bagi menarik pelanggan.

“Begitu juga dengan artis yang mana mereka perlu beralih ke laman lain untuk memberitahu perkembangan terkini kepada peminatnya,” katanya.

Ezran juga tidak menafikan kebanyakan laman web sosial yang dibina pada masa kini mampu membuatkan seseorang tidak dapat berenggang dengan komputer masing-masing.

Justeru, sama ada laman itu akan ditutup atau sebaliknya, beliau berharap agar setiap pengguna dapat menyeimbangkan penggunaan supaya tidak memberi kesan terhadap pekerjaan, pelajaran dan kehidupan seharian.


1malaysia.com setanding Facebook?

Percaya atau tidak, CASO Sdn Bhd menjadi salah satu syarikat tempatan yang bermatlamat bersaing dalam membangunkan laman web sosial.

Ketua Pegawai Teknikal syarikat ini, Tan Yew Hong berkata mulai sekarang orang ramai dapat menikmati tawaran setanding laman sosial lain dengan mendaftar di laman web 1malaysia.com.

Laman sosial yang mula dibuka kepada umum pada 12 Januari lalu merupakan laman web sosial yang dibangunkan oleh tujuh anak muda berusia 26-32 tahun, termasuklah Yew Hong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezran Baharum.

“Kami cuba bina laman ini sejak 2008 dan ia tiada kaitan dengan laporan kononnya Facebook akan ditutup. Kami tak tahu menahu pun tentang itu. Semuanya berlaku secara kebetulan,” katanya.

Menurut Yew Hong, sepanjang membangunkan 1malaysia.com, pasukannya banyak memberi tumpuan kepada kandungan dan fungsi berbeza dengan laman sosial sedia ada.

Mengetengahkan konsep feel like home (seperti di kediaman sendiri), Yew Hong yakin laman web ciptaan anak Malaysia ini mampu menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia memandangkan keunikan aplikasi serta ciri-ciri istimewa yang ditonjolkan.

“Kami ambil masa yang agak lama untuk siapkan laman web sosial ini kerana memikirkan ciri-ciri yang boleh membuatkan orang ramai mendaftar.

“Hasilnya, laman ini wujud dengan ciri interaktif selain menampilkan persembahan lebih mantap dan menarik,” jelasnya.

Walaupun 1malaysia.com yang menggunakan versi Beta ini masih lagi di peringkat percubaan, namun pasukan ini sentiasa mengembangkan aplikasi yang ada ke tahap yang lebih baik.

Salah satu keistimewaan yang akan dinikmati pengguna adalah dari segi kesempurnaan dan kepantasan ketika melayari laman web ini.

“Setakat ini kita ada lapan pelayan yang bertapak di Malaysia. Kami yakin ia mampu memberi pengalaman baru kepada mereka yang gemar melayari laman web seperti ini,” katanya.

Sunday, January 9, 2011

iPhone 5???damn its mindfuck..




fuh korang mesti menangis tengok iphone 5 terbaru ni..giler cool..aku yg baru beli ipod ni pun teruja gile tengok iphone ni cool sangat smpy rase nak campak2 jek ipod aku nih.hahaha.


this is going to change everything,all over again,,again..

cekitaut yo!

Thursday, May 7, 2009

travian.

penah dengar kew?
apakah travian??
Travian ialah permainan peluncur yang memaparkan dunia dengan ribuan pemain sebenar. Seseorang memulakan permainan bertindak sebagai ketua kampung kecil.
dipetik dari www.travian.com.my

gilelah kepale aku men gem ni.tp aku rase game ni ah yg banyak mengisi mase lapang aku(mungkin juge membuang mase aku..hahah)..25 jam sehari men.8 hari smggu asik ngadap lapy je men gem ni.bangun2 pg trus bukak travian.haha.slalu dlu 1st page aku bukak mse on9 ialah myspace,skarang ni travian 1st.then ms.diikuti blog neh ym dan skype.hak2.

sedikit sebanyak mengenai travian(in my point of view).
-game on9 yg xnmpk,strategi.
-ade 3 puak dalam game nih, rom, teuton, gaul.3-3 ade kelebihan n kekurangan.
-seronok sebab leh nk bwat jahat ke buli2 orang ke.tu yg ske tu.yg xske kne serang jew.hak2.
-
-sesuai dimainkan oleh mereka yang hidup sentiasa on9 je kje.hak2.
-game ni bnyk gle kowt orang main.kat mesia ade 5 server.aku main server 2 ngan 4.
-ntah,aku men ske2 je aku rase.tp ak agak gle juge ah.da tatau nk watpe kat umah.

agak syok juge la.hak2.meh la join klao busan keyh.
bg korg screenshot sket keyh.


for more info,visit
www.travian.com - worldwide kowt.
www.travian.com.my - mesia pnye server.bahase mlayu.silalah join okeh.



sekian.