Pages

Join The Community

Sunday, February 27, 2011

LG Optimus 3D, Smartphone 3D pertama di dunia?


Tadi siang aku pusing-pusing PC fair yang ada dekat MITC Melaka. Last day arini. Saje jalan-jalan ilangkan boring dan nak ambil bisneskad penjual-penjual yang ade kat sane projek untuk subjek teknoporno(a.k.a tekno usahawan). Pusing-pusing carik gadget yang best. Deal yang paling menarik aku jumpa adalah henfon LG Optimus,ape model yang sebetulnya aku xingat, tapi memang murah,harga lebih kurang 800 je,still guna os android. Agak berkenan tapi nanti bila ada duit lah boleh beli. Setakat sekarang ni cukup lah guna ipod dan henfon nokia xberwarna nih.

Berbalik pada tajuk di atas, aku baru teringat yang LG baru-baru ni ada lancarkan line-up Optimus dorang,,sampai ada keluar masuk nuff lagi. Ada macam2 smartfon LG ni punya rupa,tapi yang paling menarik bagi aku selain dari Optimus Pad,adalah LG Optimus 3D,,

Handphone ini adalah Handphone 3D glasses-free(tidak gunakan spek biru merah) yang pertama di dunia.. Antara features yang menarik pasal handphone ini adalah dia mempunyai 2bijik 5.0mp kamera di belakang. Ya,dia ada 2 bijik camera di belakang,untuk merakam gambar secara 3D. Harga dia pun aku tak tahu berapa sebab aku tak tau la dah masuk pasaran ke belum.



Aku pun xpernah lagi guna LG ni, tapi dari segi spec dia aku rasa antara yang best-best jugak, handphone yang paling high end dalam family LG Optimus. Dia gunakan 1gHz Dual Core dan nVidia Tegra,,aku xpernah try lagi tapi betul-betul kagum dengan spec yang ada.

Video ni pulak demonstrate LG optimus 3D,aku amik kat mane aku xingat aku copy paste je bagi korang tengok. Orait aku nak sambung assignment,.ciao.

Wednesday, February 23, 2011

Update sebab lame xupdate. Sila abaikan bebelan ini.

fuh..minggu yang terlalu bz.sampai xsempat langsung nak update blog. bz ngan klas.bz ngan test. padahal test jawab macam haram jek.g klas pun bukan nak stadi betul2,,sibuk jek main gem.sibuk jek buat avatar lecturer aku,buat avatar kawan2.bosan duk dalam klas.nak update blog pun xde cerita menarik.bace2 paper pun politik manjang,malas nak layan.bace discovery news pun xde bende yang menarik sangat nak dishare.NYTimes pun same,,bloomberg lagi la boring.hek2.

2 3 ari lepas aku pusing2 dalam appstore,,saje membazirkan itunes credit aku nak beli apps yang bukan-bukan.jumpe apps WeeMee. apps ni boleh buat avatar yang menarik,lagi-lagi kalau korang kreatif,,aku xde la kreatif sangat,tapi kalau dah duduk dalam kelas tu lecturer bebel bukan-bukan aku pun dah xmasuk mende yang dia bebel tuh,mule lah aku amek ipod aku buat avatar lecturer.xcukup lecturer,,kawan-kawan sekitar pun jadik mangsa.keh2.jadi inilah hasil-hasil avatar yang aku dah buat.xde la banyak.saje nak taruk sebab lame xupdate blog.

ini lecturer aku nama beliau PM Tan

ini En. Fauzi

ini awek paling sempoi kat kelas nama dia Jojo,nak kenal sila tinggalkan nombor fon anda.hahaha

Kay

Sahlan

Payid aka Boh

aku yang kacak lagi bergayo.haha.

Han yang tua tapi perangai xmatang.haha.

Kadim

Pelat

Ahmad Hakimie.

Joe

Pika pika.heheh.


Sebenarnya saje nak tunjuk macam2 variasi orang yang boleh dibuat guna WeeMee nih. Tapi kalau muke atau rambut yang type alien yang xwujud dalam apps nih korang boleh lah gune ini sebagai ganti muke korang.

contoh terbaik.

So kalau korang berminat nak ade avatar sebegini,yang guna ios gadget boleh lah download kat appstore dengan harge $0.99 jek(search apps weemee),,dan kalau korang guna pc korang boleh buat free rasanya,aku malas nak try sebab dah guna kat ipod jek,korang cek it out sendiri yaw dekat http://www.weeworld.com/.

Sunday, February 20, 2011

Saintis Amerika Cipta Tangan Robot Untuk OKU?(video)

Ini adalah sumber yang aku amek kat utusan mesia terus sebab malas nak elaborate sendiri.
ARKIB : 19/02/2011
Saintis cipta lengan robot
WASHINGTON 18 Feb. - Lengan palsu bionik yang dikawal dengan minda pemakainya dan terasa seperti anggota asal yang hilang dipamerkan pada satu persidangan sains terkemuka di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lebih 50 orang kudung anggota badan dari seluruh dunia, kebanyakannya veteran tentera yang kudung akibat pertempuran, menerima prostetik sedemikian sejak ia mula dihasilkan oleh Dr. Todd Kuiken (gambar kecil) dari AS pada 2002.

Lengan tersebut menggunakan teknologi dikenali sebagai Targeted Muscle Reinvervation (TMR) yang berfungsi menyalurkan semula isyarat otak daripada saraf yang terputus akibat kecederaan kepada otot yang masih berfungsi dan tidak terjejas.

"Apa yang kami lakukan ialah menggunakan saraf yang masih tinggal dan otot menjadi penguat biologi," kata Kuiken.

Seorang sarjan tentera AS yang putus lengannya semasa bertugas di Iraq, Glen Lehman mempamerkan teknologi terbaru itu pada persidangan tahunan Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains di Washington.

"Terasa sangat selesa dan intuitif. Lengan ini jauh lebih baik daripada lengan prostetik yang saya pakai sekarang," kata Lehman yang terkena letupan bom tangan di Baghdad pada 2008, menyebabkan lengan dan sikunya hancur.

Lehman menunjukkan bagaimana dia boleh merapatkan jari dan ibu jarinya, mengangkat lengannya dan membengkokkan sikunya, serta memutarkan pergelangan tangannya hanya dengan memikirkan perbuatan tersebut.

Kuiken berkata, kemajuan lanjut seperti kebolehan untuk memindahkan deria rasa pada anggota sedang dikaji di makmal tetapi belum dapat dimanfaatkan oleh pesakit.

Kelemahan lain termasuk pesakit belum dapat merasai kekuatan genggaman tangan prostetik berkuasa bateri itu, tetapi Kuiken berkata, saintis sedang mencari jalan untuk meningkatkan teknologi itu dengan menambah bilangan sensor. - AFP


Aku sebenarnya minggu lepas dah baca dah pasal cerita ni kat Discovery news yang America mmg dah ade buat projek untuk buat lengan robot untuk mereka yang kurang upaya,just tak share sebab aku ingatkan masih dalam perancangan(just bace,xtau pulak ade video). Rupanya memang dah ade,,


click to play video


Dunia memang tak akan kebelakang,dengan teknologi yang ada sekarang aku just berharap teknologi ini tak disalahgunakan la,,nanti karang jadi pulak orang gila kuasa buat robot yang boleh dikawal guna otak saje,,ke buat macam dalam cerita spiderman 2 pulak nanti.

gambar hiasan

Kalau orang begini jadik betul-betul gemane?xkucar kacir dunia?Doctor Octupus dah ade, Spiderman nye mane?? Renung-renungkan dan selamat beramal.haha.

Thursday, February 17, 2011

Payudara Anda Xcukup Besar?Sini Ada Jawapannya.hahaha(video)

Aku pun xfaham sangat video nih tapi macam power je produk nih.
Khas untuk perempuan ya.
Tapi bagus jugak untuk mencuci mata buat lelaki.hahah.



Source: /k/@Lowyat net forum.

Wednesday, February 16, 2011

Jabatan Kesihatan New York City Buat Application Cari Kondom Percuma?


Sempena hari Valentine tempoh hari, kerajaan di New York telah melancarkan application untuk iPhone dan Android untuk mencari tempat untuk mendapatkan kondom percuma. Application itu adalah percuma kepada penduduk di New York. Hanya dengan menggunakan gps kedudukan anda disana atau masukkan alamat secara manual, pengguna dapat mencari 1000 pengedar kondom percuma yang berhampiran dengan mereka.

Pesuruhjaya Kesihatannya, Dr. Thomas Farley berkata, "The NYC Condom Finder is a useful tool to ensure that New Yorkers have access to free condoms wherever they are in the city.". tambahnya lagi, "We're not promoting sex, we're promoting safer sex,".

Komen Pembantu Pesuruhjaya Kesihatannya pula berkata, "We want New York City to be the safest city in the world to have sex," . haha. macam-macam la dunia ini hari. Tapi betul jugak kot apa yang dikatekan tu. Xde ah kes buang2 bayi kot selain daripada menjaga kesihatan dan mengelakkan HIV.

Mereka juga melancarkan Facebook NYC Condom.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website Jabatan Kesihatan New York.

Sumber asal dari Good Culture


New York City Launches the World's First Condom App
 

February 14, 2011
Since 1971, the New York City Department of Health has given residents and visitors tens of millions of free condoms through distribution locations throughout the city. Today, the department is doing itself one better, launching the world's first smartphone app to help people in the boroughs find a condom when they need one.

"We want New York City to be the safest city in the world to have sex," says Dr. Monica Sweeney, the city's assistant health commissioner. "A lot of people come here for that, so we want them to practice safer sex."

Called simply "NYC Condom Finder," and available for download on iPhone and Android phones, the app uses GPS navigation to locate and provide walking directions to the five nearest venues that give out NYC Condoms. Considering that there are 3,000 such venues throughout the city, it's unlikely a person would ever be very far from a gratis prophylactic.

Here's to safer Valentine's Day romance in New York City tonight.

Charge Handphone Anda Guna Air.



Jika anda seorang yang sukakan melakukan aktiviti outdoor yang jauh daripada elektrik seperti camping ataupun memancing, alat ini amat berguna bagi anda. Charge handphone atau gadget anda dengan menggunakan air. Alat yang bernama PowerTrekk ini hanya memerlukan air untuk beroperasi, ia akan menukar hydrogen cell kepada electricity dan menghasilkan tenaga yang cukup untuk mengcharge alat-alat anda yang menggunakan USB dengan 5V output.

Tidak seperti charger yang menggunakab bateri yang tenaganya cepat habis ataupun charger yang menggunakan tenanga solar yang memerlukan cahaya untuk terus berfungsi, charger ini lebih praktikal dan tenaga yang dihasilkan adalah lebih cepat dari charger yang menggunakan tenaga solar.

Lihat bagaimana charger ini berfungsi.


Jika anda berminat dengan alat ini, anda boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut disini.
http://www.PowerTrekk.com



p/s: terfikir bila teknologi ini boleh diskala besarkan dan diadaptasi kedalam kereta. Kereta isi air je? Mesti jimat gila.