Pages

Join The Community

Friday, April 1, 2011

Gmail Motion Beta.

Kalau korang rasa letih sangat taip guna keyboard ngan mouse korang leh cuba guna gmail motion. Gugel.com telah menghasilkan teknologi baru yang masih dalam beta test iaitu gmail motion,,kalo korang dah gune gmail leh la trus gune...tak perlu taip, tak perlu mouse, just gerakkan badan korang dan email siap.


Ini video yang aku amek kat site dia.






Menarik??meh la try kat site dia.



http://mail.google.com/mail/help/motion.html

Saturday, March 19, 2011

Filem Tamil Terhebat Abad Nih!!


Kalau korang rasa cerita Merong Mahawangsa tu power korang mesti tengok benda nih.Hyperbola macam cilake. Dah macam matrix+ironman+transformer+macam2 lah.haha. power jugak kan cerita tamil skarang.keh2.

Monday, March 14, 2011

Macamane Reaktor Nuklear Jepun Bocor dan Meletup.

Terlalu bz dengan assignment tapi sempat la baca pasal tsunami kat jepun ni. Diceritakan reaktor telah bocor dan tak dapat disejukkan,untuk lebih memahami korang tengok la video nih.



Human vs Nature huh?

Saturday, March 5, 2011

Macamane reaksi orang bile nampak antu??Prank video.



Ape agaknya reaksi korang bile nampak hantu?Rancangan TV di spain ade buat prank untuk tengok reaksi korang.jum layan video nih.




xleh blah.keh2.

Parody Video for iPad 2? Deyum Fast.


Belum sampai 3 hari iPad 2 dilancarkan, belum ade kat apple store pun lagi, dah ade parody video pasal benatang iklan dia. Lawak cam gampang bagi yang paham. Yang xpaham boleh blah. Cekitout yaw.



sebenarnya banyak lagi video yang diorang ni buat pasal barang-barang apple ni, korang yang tade idea nak hiburkan diri nak gelak boleh g usha dorang pnye utube channel. video paling aku xleh blah video pasal antenna problem kat iphone 4. kalo orang yang gune ipong 4 mesti tau ape prob dia sampai nak kene gune bumper bagai.

Thursday, March 3, 2011

iPad 2 Dilancarkan. 2011 = years of iPad 2?

Sambil aku tak tidur malam buat assignment nak hantar besok,tersempat la belek-belek website Macstories yang telah membawak aku ke website Engadget yang sedang buat live blog tentang pelancaran iPad 2 yang berlangsung di headquarters Apple, yang terletak di Cupertino, California. Agak best dapat jadi antara yang pertama tengok pelancaran ni walaupun hanya di liveblog,,setiap setengah minit ada saje tambahan post dan gambar2 fresh yang diambil semasa pelancaran tu(mase tulis ni pun belum abes lagi dia punye live blog)


So ape yang menarik tentang pelancaran generasi ke-2 ipad nih? Steve Job telah menceritakan pelbagai kejayaan tentang iPad 1st dorang. Masa idea iPad ni kluar pun ramai yang kata macam xlogic untuk benda ni jadi magic(kalau kite kembali kat zaman 2009 dulu pun kalau cerita pasal tablet pc yang macam sekarang ni pun memang rasa pelik je kan.)

Antara kejayaan Apple ialah berjaya menjual lebih 100 juta iPhone, 15juta ipad(itu dalam masa sembilan bulan je!), sebanyak 100 juta buku telah didownload dalam iBook, dan Apple telah berjaya memberi royalti kepada software developer untuk apple sebanyak 2billion USD(dalam angkanya = $2,000,000,000 ,,banyak tuh kosong dia.). Dengan market share iPad sebanyak lebih dari 90% penjualan tablet di seluruh dunia, dan kebangkitan pesaing-pesaing yang cuba meniru idea tentang iPad tapi tak dapat nak bagi saingan, Apple melancarkan iPad 2 untuk sekali lagi ingin mengulangi magicnya. Banyak spec dan features baru tentang iPad 2 ni. Nak cerita sikit je,,

- A5 chip processor
processor dual core yang consume power sama macam ipad sebelum ni, tetapi lagi laju sebab dah guna dual core(tercicit la LG nak kejar,dari sumber lain processor iPad 2 ni berkelajuan 1GHz),kalau diikutkan ianya lagi 2kali ganda lagi laju dari ipad sebelum ni.

- Camera depan dan belakang.
ini sepatutnya memang dah kena ade sebab hampir semua pesaing tablet sekarang ada camera di tablet dorang. boleh facetime dah.hehe.

- 33% lagi nipis?
ipad 1= 13.4 mm , iPhone 4= 9.3 mm
ipad 2? 8.8 mm ,,nipis jugak lah.memang nipis pun.

- bateri yang still power sama macam ipad lama, 10 jam buat kerja, dan kalau standby saje boleh lebih sebulan(betul ke tidak aku xpernah cuba lagi sebab aku xde ipad.keh2.

Steve Job jugak menganjing pesaing-pesaing dorang yang tak dapat bagi saingan yang memberangskan tentang penjualan tablet dorang, dengan Apple mendapat lebih dari 90% market share, dan kurang dari 10% tu dikongsi oleh pesaing-pesaingnya yang menggunakan Honeycomb 3.0 seperti Samsung dan HP,,Blackberry dan Motorola juga. Steve Job tunjuk yang iPad ada 65,000 application yang khas untuk iPad, tapi honeycomb ada 100 apps saje. betul ke?aku xsentuh lagi tablet-tablet ni so tak tau sangat. Tapi appstore memang banyak gila apps, ada 300,000 lebih.


Benda yang paling menarik ialah Apple tetap mengenakan harga yang sama dengan iPad lama dia,dan iPad lama akan dimansuhkan pembikinannya. harga sekarang kalau ipad ni kalau yang guna wifi saje boleh dapat dalam 1500 je,kalau yang wifi+3g dalam 2000 lebih sikit,,berpatutan jugak lah sebab dah nak lebih kurang harga iphone dah pun.


So aku pun rasa orang akan gila balik tengok iPad 2 ni masuk pasaran nanti. Aku pun terkagum gak tengok,aku cuma xsuka apple sebab terlalu banyak restriction dalam OS dia,,(maybe lepas dah jailbreak dengan elok baru ios ni boleh sempurna kot)

Pasni kita tengok balik cmane LG punya Optimus Pad yang aku cerita aritu teranjing balik oleh iPad 2 ni.keh2.

gambar dan cerita penuh diambil di engadget.sekian.
Update: dah boleh tengok dah pun dekat website Apple