Pages

Join The Community

Friday, April 1, 2011

Gmail Motion Beta.

Kalau korang rasa letih sangat taip guna keyboard ngan mouse korang leh cuba guna gmail motion. Gugel.com telah menghasilkan teknologi baru yang masih dalam beta test iaitu gmail motion,,kalo korang dah gune gmail leh la trus gune...tak perlu taip, tak perlu mouse, just gerakkan badan korang dan email siap.


Ini video yang aku amek kat site dia.






Menarik??meh la try kat site dia.



http://mail.google.com/mail/help/motion.html

Saturday, March 19, 2011

Filem Tamil Terhebat Abad Nih!!


Kalau korang rasa cerita Merong Mahawangsa tu power korang mesti tengok benda nih.Hyperbola macam cilake. Dah macam matrix+ironman+transformer+macam2 lah.haha. power jugak kan cerita tamil skarang.keh2.

Monday, March 14, 2011

Macamane Reaktor Nuklear Jepun Bocor dan Meletup.

Terlalu bz dengan assignment tapi sempat la baca pasal tsunami kat jepun ni. Diceritakan reaktor telah bocor dan tak dapat disejukkan,untuk lebih memahami korang tengok la video nih.



Human vs Nature huh?

Saturday, March 5, 2011

Macamane reaksi orang bile nampak antu??Prank video.



Ape agaknya reaksi korang bile nampak hantu?Rancangan TV di spain ade buat prank untuk tengok reaksi korang.jum layan video nih.




xleh blah.keh2.

Parody Video for iPad 2? Deyum Fast.


Belum sampai 3 hari iPad 2 dilancarkan, belum ade kat apple store pun lagi, dah ade parody video pasal benatang iklan dia. Lawak cam gampang bagi yang paham. Yang xpaham boleh blah. Cekitout yaw.



sebenarnya banyak lagi video yang diorang ni buat pasal barang-barang apple ni, korang yang tade idea nak hiburkan diri nak gelak boleh g usha dorang pnye utube channel. video paling aku xleh blah video pasal antenna problem kat iphone 4. kalo orang yang gune ipong 4 mesti tau ape prob dia sampai nak kene gune bumper bagai.

Thursday, March 3, 2011

iPad 2 Dilancarkan. 2011 = years of iPad 2?

Sambil aku tak tidur malam buat assignment nak hantar besok,tersempat la belek-belek website Macstories yang telah membawak aku ke website Engadget yang sedang buat live blog tentang pelancaran iPad 2 yang berlangsung di headquarters Apple, yang terletak di Cupertino, California. Agak best dapat jadi antara yang pertama tengok pelancaran ni walaupun hanya di liveblog,,setiap setengah minit ada saje tambahan post dan gambar2 fresh yang diambil semasa pelancaran tu(mase tulis ni pun belum abes lagi dia punye live blog)


So ape yang menarik tentang pelancaran generasi ke-2 ipad nih? Steve Job telah menceritakan pelbagai kejayaan tentang iPad 1st dorang. Masa idea iPad ni kluar pun ramai yang kata macam xlogic untuk benda ni jadi magic(kalau kite kembali kat zaman 2009 dulu pun kalau cerita pasal tablet pc yang macam sekarang ni pun memang rasa pelik je kan.)

Antara kejayaan Apple ialah berjaya menjual lebih 100 juta iPhone, 15juta ipad(itu dalam masa sembilan bulan je!), sebanyak 100 juta buku telah didownload dalam iBook, dan Apple telah berjaya memberi royalti kepada software developer untuk apple sebanyak 2billion USD(dalam angkanya = $2,000,000,000 ,,banyak tuh kosong dia.). Dengan market share iPad sebanyak lebih dari 90% penjualan tablet di seluruh dunia, dan kebangkitan pesaing-pesaing yang cuba meniru idea tentang iPad tapi tak dapat nak bagi saingan, Apple melancarkan iPad 2 untuk sekali lagi ingin mengulangi magicnya. Banyak spec dan features baru tentang iPad 2 ni. Nak cerita sikit je,,

- A5 chip processor
processor dual core yang consume power sama macam ipad sebelum ni, tetapi lagi laju sebab dah guna dual core(tercicit la LG nak kejar,dari sumber lain processor iPad 2 ni berkelajuan 1GHz),kalau diikutkan ianya lagi 2kali ganda lagi laju dari ipad sebelum ni.

- Camera depan dan belakang.
ini sepatutnya memang dah kena ade sebab hampir semua pesaing tablet sekarang ada camera di tablet dorang. boleh facetime dah.hehe.

- 33% lagi nipis?
ipad 1= 13.4 mm , iPhone 4= 9.3 mm
ipad 2? 8.8 mm ,,nipis jugak lah.memang nipis pun.

- bateri yang still power sama macam ipad lama, 10 jam buat kerja, dan kalau standby saje boleh lebih sebulan(betul ke tidak aku xpernah cuba lagi sebab aku xde ipad.keh2.

Steve Job jugak menganjing pesaing-pesaing dorang yang tak dapat bagi saingan yang memberangskan tentang penjualan tablet dorang, dengan Apple mendapat lebih dari 90% market share, dan kurang dari 10% tu dikongsi oleh pesaing-pesaingnya yang menggunakan Honeycomb 3.0 seperti Samsung dan HP,,Blackberry dan Motorola juga. Steve Job tunjuk yang iPad ada 65,000 application yang khas untuk iPad, tapi honeycomb ada 100 apps saje. betul ke?aku xsentuh lagi tablet-tablet ni so tak tau sangat. Tapi appstore memang banyak gila apps, ada 300,000 lebih.


Benda yang paling menarik ialah Apple tetap mengenakan harga yang sama dengan iPad lama dia,dan iPad lama akan dimansuhkan pembikinannya. harga sekarang kalau ipad ni kalau yang guna wifi saje boleh dapat dalam 1500 je,kalau yang wifi+3g dalam 2000 lebih sikit,,berpatutan jugak lah sebab dah nak lebih kurang harga iphone dah pun.


So aku pun rasa orang akan gila balik tengok iPad 2 ni masuk pasaran nanti. Aku pun terkagum gak tengok,aku cuma xsuka apple sebab terlalu banyak restriction dalam OS dia,,(maybe lepas dah jailbreak dengan elok baru ios ni boleh sempurna kot)

Pasni kita tengok balik cmane LG punya Optimus Pad yang aku cerita aritu teranjing balik oleh iPad 2 ni.keh2.

gambar dan cerita penuh diambil di engadget.sekian.
Update: dah boleh tengok dah pun dekat website Apple

Sunday, February 27, 2011

LG Optimus 3D, Smartphone 3D pertama di dunia?


Tadi siang aku pusing-pusing PC fair yang ada dekat MITC Melaka. Last day arini. Saje jalan-jalan ilangkan boring dan nak ambil bisneskad penjual-penjual yang ade kat sane projek untuk subjek teknoporno(a.k.a tekno usahawan). Pusing-pusing carik gadget yang best. Deal yang paling menarik aku jumpa adalah henfon LG Optimus,ape model yang sebetulnya aku xingat, tapi memang murah,harga lebih kurang 800 je,still guna os android. Agak berkenan tapi nanti bila ada duit lah boleh beli. Setakat sekarang ni cukup lah guna ipod dan henfon nokia xberwarna nih.

Berbalik pada tajuk di atas, aku baru teringat yang LG baru-baru ni ada lancarkan line-up Optimus dorang,,sampai ada keluar masuk nuff lagi. Ada macam2 smartfon LG ni punya rupa,tapi yang paling menarik bagi aku selain dari Optimus Pad,adalah LG Optimus 3D,,

Handphone ini adalah Handphone 3D glasses-free(tidak gunakan spek biru merah) yang pertama di dunia.. Antara features yang menarik pasal handphone ini adalah dia mempunyai 2bijik 5.0mp kamera di belakang. Ya,dia ada 2 bijik camera di belakang,untuk merakam gambar secara 3D. Harga dia pun aku tak tahu berapa sebab aku tak tau la dah masuk pasaran ke belum.



Aku pun xpernah lagi guna LG ni, tapi dari segi spec dia aku rasa antara yang best-best jugak, handphone yang paling high end dalam family LG Optimus. Dia gunakan 1gHz Dual Core dan nVidia Tegra,,aku xpernah try lagi tapi betul-betul kagum dengan spec yang ada.

Video ni pulak demonstrate LG optimus 3D,aku amik kat mane aku xingat aku copy paste je bagi korang tengok. Orait aku nak sambung assignment,.ciao.

Wednesday, February 23, 2011

Update sebab lame xupdate. Sila abaikan bebelan ini.

fuh..minggu yang terlalu bz.sampai xsempat langsung nak update blog. bz ngan klas.bz ngan test. padahal test jawab macam haram jek.g klas pun bukan nak stadi betul2,,sibuk jek main gem.sibuk jek buat avatar lecturer aku,buat avatar kawan2.bosan duk dalam klas.nak update blog pun xde cerita menarik.bace2 paper pun politik manjang,malas nak layan.bace discovery news pun xde bende yang menarik sangat nak dishare.NYTimes pun same,,bloomberg lagi la boring.hek2.

2 3 ari lepas aku pusing2 dalam appstore,,saje membazirkan itunes credit aku nak beli apps yang bukan-bukan.jumpe apps WeeMee. apps ni boleh buat avatar yang menarik,lagi-lagi kalau korang kreatif,,aku xde la kreatif sangat,tapi kalau dah duduk dalam kelas tu lecturer bebel bukan-bukan aku pun dah xmasuk mende yang dia bebel tuh,mule lah aku amek ipod aku buat avatar lecturer.xcukup lecturer,,kawan-kawan sekitar pun jadik mangsa.keh2.jadi inilah hasil-hasil avatar yang aku dah buat.xde la banyak.saje nak taruk sebab lame xupdate blog.

ini lecturer aku nama beliau PM Tan

ini En. Fauzi

ini awek paling sempoi kat kelas nama dia Jojo,nak kenal sila tinggalkan nombor fon anda.hahaha

Kay

Sahlan

Payid aka Boh

aku yang kacak lagi bergayo.haha.

Han yang tua tapi perangai xmatang.haha.

Kadim

Pelat

Ahmad Hakimie.

Joe

Pika pika.heheh.


Sebenarnya saje nak tunjuk macam2 variasi orang yang boleh dibuat guna WeeMee nih. Tapi kalau muke atau rambut yang type alien yang xwujud dalam apps nih korang boleh lah gune ini sebagai ganti muke korang.

contoh terbaik.

So kalau korang berminat nak ade avatar sebegini,yang guna ios gadget boleh lah download kat appstore dengan harge $0.99 jek(search apps weemee),,dan kalau korang guna pc korang boleh buat free rasanya,aku malas nak try sebab dah guna kat ipod jek,korang cek it out sendiri yaw dekat http://www.weeworld.com/.

Sunday, February 20, 2011

Saintis Amerika Cipta Tangan Robot Untuk OKU?(video)

Ini adalah sumber yang aku amek kat utusan mesia terus sebab malas nak elaborate sendiri.
ARKIB : 19/02/2011
Saintis cipta lengan robot
WASHINGTON 18 Feb. - Lengan palsu bionik yang dikawal dengan minda pemakainya dan terasa seperti anggota asal yang hilang dipamerkan pada satu persidangan sains terkemuka di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lebih 50 orang kudung anggota badan dari seluruh dunia, kebanyakannya veteran tentera yang kudung akibat pertempuran, menerima prostetik sedemikian sejak ia mula dihasilkan oleh Dr. Todd Kuiken (gambar kecil) dari AS pada 2002.

Lengan tersebut menggunakan teknologi dikenali sebagai Targeted Muscle Reinvervation (TMR) yang berfungsi menyalurkan semula isyarat otak daripada saraf yang terputus akibat kecederaan kepada otot yang masih berfungsi dan tidak terjejas.

"Apa yang kami lakukan ialah menggunakan saraf yang masih tinggal dan otot menjadi penguat biologi," kata Kuiken.

Seorang sarjan tentera AS yang putus lengannya semasa bertugas di Iraq, Glen Lehman mempamerkan teknologi terbaru itu pada persidangan tahunan Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains di Washington.

"Terasa sangat selesa dan intuitif. Lengan ini jauh lebih baik daripada lengan prostetik yang saya pakai sekarang," kata Lehman yang terkena letupan bom tangan di Baghdad pada 2008, menyebabkan lengan dan sikunya hancur.

Lehman menunjukkan bagaimana dia boleh merapatkan jari dan ibu jarinya, mengangkat lengannya dan membengkokkan sikunya, serta memutarkan pergelangan tangannya hanya dengan memikirkan perbuatan tersebut.

Kuiken berkata, kemajuan lanjut seperti kebolehan untuk memindahkan deria rasa pada anggota sedang dikaji di makmal tetapi belum dapat dimanfaatkan oleh pesakit.

Kelemahan lain termasuk pesakit belum dapat merasai kekuatan genggaman tangan prostetik berkuasa bateri itu, tetapi Kuiken berkata, saintis sedang mencari jalan untuk meningkatkan teknologi itu dengan menambah bilangan sensor. - AFP


Aku sebenarnya minggu lepas dah baca dah pasal cerita ni kat Discovery news yang America mmg dah ade buat projek untuk buat lengan robot untuk mereka yang kurang upaya,just tak share sebab aku ingatkan masih dalam perancangan(just bace,xtau pulak ade video). Rupanya memang dah ade,,


click to play video


Dunia memang tak akan kebelakang,dengan teknologi yang ada sekarang aku just berharap teknologi ini tak disalahgunakan la,,nanti karang jadi pulak orang gila kuasa buat robot yang boleh dikawal guna otak saje,,ke buat macam dalam cerita spiderman 2 pulak nanti.

gambar hiasan

Kalau orang begini jadik betul-betul gemane?xkucar kacir dunia?Doctor Octupus dah ade, Spiderman nye mane?? Renung-renungkan dan selamat beramal.haha.

Thursday, February 17, 2011

Payudara Anda Xcukup Besar?Sini Ada Jawapannya.hahaha(video)

Aku pun xfaham sangat video nih tapi macam power je produk nih.
Khas untuk perempuan ya.
Tapi bagus jugak untuk mencuci mata buat lelaki.hahah.



Source: /k/@Lowyat net forum.

Wednesday, February 16, 2011

Jabatan Kesihatan New York City Buat Application Cari Kondom Percuma?


Sempena hari Valentine tempoh hari, kerajaan di New York telah melancarkan application untuk iPhone dan Android untuk mencari tempat untuk mendapatkan kondom percuma. Application itu adalah percuma kepada penduduk di New York. Hanya dengan menggunakan gps kedudukan anda disana atau masukkan alamat secara manual, pengguna dapat mencari 1000 pengedar kondom percuma yang berhampiran dengan mereka.

Pesuruhjaya Kesihatannya, Dr. Thomas Farley berkata, "The NYC Condom Finder is a useful tool to ensure that New Yorkers have access to free condoms wherever they are in the city.". tambahnya lagi, "We're not promoting sex, we're promoting safer sex,".

Komen Pembantu Pesuruhjaya Kesihatannya pula berkata, "We want New York City to be the safest city in the world to have sex," . haha. macam-macam la dunia ini hari. Tapi betul jugak kot apa yang dikatekan tu. Xde ah kes buang2 bayi kot selain daripada menjaga kesihatan dan mengelakkan HIV.

Mereka juga melancarkan Facebook NYC Condom.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website Jabatan Kesihatan New York.

Sumber asal dari Good Culture


New York City Launches the World's First Condom App
 

February 14, 2011
Since 1971, the New York City Department of Health has given residents and visitors tens of millions of free condoms through distribution locations throughout the city. Today, the department is doing itself one better, launching the world's first smartphone app to help people in the boroughs find a condom when they need one.

"We want New York City to be the safest city in the world to have sex," says Dr. Monica Sweeney, the city's assistant health commissioner. "A lot of people come here for that, so we want them to practice safer sex."

Called simply "NYC Condom Finder," and available for download on iPhone and Android phones, the app uses GPS navigation to locate and provide walking directions to the five nearest venues that give out NYC Condoms. Considering that there are 3,000 such venues throughout the city, it's unlikely a person would ever be very far from a gratis prophylactic.

Here's to safer Valentine's Day romance in New York City tonight.

Charge Handphone Anda Guna Air.



Jika anda seorang yang sukakan melakukan aktiviti outdoor yang jauh daripada elektrik seperti camping ataupun memancing, alat ini amat berguna bagi anda. Charge handphone atau gadget anda dengan menggunakan air. Alat yang bernama PowerTrekk ini hanya memerlukan air untuk beroperasi, ia akan menukar hydrogen cell kepada electricity dan menghasilkan tenaga yang cukup untuk mengcharge alat-alat anda yang menggunakan USB dengan 5V output.

Tidak seperti charger yang menggunakab bateri yang tenaganya cepat habis ataupun charger yang menggunakan tenanga solar yang memerlukan cahaya untuk terus berfungsi, charger ini lebih praktikal dan tenaga yang dihasilkan adalah lebih cepat dari charger yang menggunakan tenaga solar.

Lihat bagaimana charger ini berfungsi.


Jika anda berminat dengan alat ini, anda boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut disini.
http://www.PowerTrekk.com



p/s: terfikir bila teknologi ini boleh diskala besarkan dan diadaptasi kedalam kereta. Kereta isi air je? Mesti jimat gila.

Tuesday, February 15, 2011

100th Reader, QR Code, dan Facebook Page.

100th follower? X sempat nak tangkap.hek2.
Semalam blog ni baru mencecah 100 Reader, xde apa yang nak dibanggakan pun sebab aku tau blog korang sume dah 1000 lebih orang follow kan.hek2. just yang menariknya Reader yang ke 100 adalah adik aku sendiri.  Dan nak lagi tambah menarik aku sebenarnya adalah orang ke 100 juga yang memfollow beliau beberapa minggu lepas. xpercaya tengok link nih. Suratan atau kebetulan? taktau la aku.keh2.

QR code to this blog.

Sempena itu aku saje-saje nak bercerita tentang QR code yang aku tepek kat sebelah page ni, korang tahu ape itu QR code? QR code ni singakatan kepada perkataan Quick Response code, dia seakan-akan bar code yang ada kat setiap produk kat kedai, tapi ini lagi canggih sikit sebab dia lagi macam-macam function, leh guna untuk nombor telefon, website, blackberry messenger dan macam2 lagi. Kebanyakan smartphone sekarang ada QR code reader masing, kalau korang guna iPhone/iPod4, BlackBerry atau Android OS phone. Cuba check tentang QR code dekat internet pasal handphone-handphone korang. 3310 xde dalam senarai ok.

Bagi yang berminat nak buat QR code untuk website korang atau apa-apa link korang leh pergi sini.

Like lah kat sebelah tuh.
Selain itu aku jugak baru buat FB page untuk blog ni, saje je try-try, baru bape kerat like. Sebenarnya nak linkkan blog ni dengan sane pun xreti, tapi kalau korang xde keyboard leh la like.guna mouse jek.heheh.

LG Optimus Pad Menganjing iPad dan Steve Job?

Baru-baru ni kalau budak2 yang main nuffnang mesti perasan handphone iklan LG Optimus One yang ada kat sebelah ni(kalau ada lagi lah),, Selain daripada handphone Optimus One ni, LG jugak ada buat tablet baru iaitu LG Optimus Pad. Antara part yang menarik tentang tablet ini adalah pasal dual core processor dia yang diclaim antara yang terlaju dari tablet-tablet yang ada dipasaran sekarang.

Now lets see the video.haha.



Kalau korang perasan lebih kurang selepas seminit iklan tu adalah game seakan-akan Street Fighter yang telah diubah kepada namanya kepada Spec Fighter dan watak disitu adalah Optimus dan lawannya A pad. Muka kat A pad tu pun macam Steve Job je kan? Siap kene terajang kat muke lagi Steve Job tuh. hahaha



Walaupun Optimus Pad ni kita taktau lagi power xpower kan, tapi iklan dia memang power la.keh2. Iklan Optimus One dia kat tepi ni pun power gak? xcaye klik ah(saje pancing korang.hahahaha)

Monday, February 14, 2011

Gadget paling bukan2. Alat Memancung Hidung.

Kalau korang xmempunyai hidung yang mancung macam aku, ataupun hidung korang penyek sebab terhimpap dahan pokok masa kecik2 dulu, dun worry, korang boleh memancungkan hidung korang dengan menggunakan alat ini,,xperlu lagi nak buat pembedahan plastik seperti arwah Mikael Jackson.keh2.


hanya gunakan 3minit sehari dan anda boleh melihat perbezaanya. Dengan harga USD144, anda boleh dapatkan produk ini di Japan Trend Shop.

Jepun ni memang bukan2, ade-ade ajelah bende dorang nih. Korang pernah tahu pasal porn shop kat jepun?keh2.Only in Japan dude.

Sunday, February 13, 2011

Antara Vending Machine Yang Aneh dan Pelik.

Korang pernah pikir x ape lagi pelik yang dijual orang kat vending machine. Kalau korang ingat orang buat vending machine ni tempat jual beli air tin dan beli prepaid jek silap besar la korang. dari jual telur sampai ajar main golf pun ada tau x.

sila click untuk besarkan gambar.

Mee Segera
Machine ini jual Mee Segera,,xde la pelik sangat kan?heheh
Smart Car
Jangan salah sangka, vanding machine ni sebenarnya xkeluarkan kereta, hanya pamplet tentang kereta dikeluarkan.
Sayur
Mak kau nak beli sayur?ha beli je kat machine nih.
Telur
Telur kat rumah da abes tengah2 malam nak masak megi? sini ada jual telur.
Arak
Machine jual arak,,pergh yang ni kalau taruk kat malaysia mesti laris abes.hahahaha.
Ais
Cedera dan lebam-lebam dibelasah?dapatkan ais segera disini.
Bateri
Machine jual bateri. Cepat dan Pantas.
Neck Tie?
Nak pergi interview tapi x ade neck tie?? masuk duit dan pilih.
Bunga
Tergesa-gesa nak dapatkan bunga nak bagi kat awek time valentine atau besday beliau?dapatkan disini segera.
Udang
Nak makan udang? dapatkan yang paling fresh disini, lagi fresh dari yang ada kat tesco dan mydin, hidup-hidup dia bagi.heheh.
Golf
Vending machine ajar main golf, 5dollar boleh belajar main golf.


p/s - vending machine apa lagi korang nak?