Pages

Join The Community

Sunday, February 20, 2011

Saintis Amerika Cipta Tangan Robot Untuk OKU?(video)

Ini adalah sumber yang aku amek kat utusan mesia terus sebab malas nak elaborate sendiri.

ARKIB : 19/02/2011
Saintis cipta lengan robot
WASHINGTON 18 Feb. - Lengan palsu bionik yang dikawal dengan minda pemakainya dan terasa seperti anggota asal yang hilang dipamerkan pada satu persidangan sains terkemuka di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lebih 50 orang kudung anggota badan dari seluruh dunia, kebanyakannya veteran tentera yang kudung akibat pertempuran, menerima prostetik sedemikian sejak ia mula dihasilkan oleh Dr. Todd Kuiken (gambar kecil) dari AS pada 2002.

Lengan tersebut menggunakan teknologi dikenali sebagai Targeted Muscle Reinvervation (TMR) yang berfungsi menyalurkan semula isyarat otak daripada saraf yang terputus akibat kecederaan kepada otot yang masih berfungsi dan tidak terjejas.

"Apa yang kami lakukan ialah menggunakan saraf yang masih tinggal dan otot menjadi penguat biologi," kata Kuiken.

Seorang sarjan tentera AS yang putus lengannya semasa bertugas di Iraq, Glen Lehman mempamerkan teknologi terbaru itu pada persidangan tahunan Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains di Washington.

"Terasa sangat selesa dan intuitif. Lengan ini jauh lebih baik daripada lengan prostetik yang saya pakai sekarang," kata Lehman yang terkena letupan bom tangan di Baghdad pada 2008, menyebabkan lengan dan sikunya hancur.

Lehman menunjukkan bagaimana dia boleh merapatkan jari dan ibu jarinya, mengangkat lengannya dan membengkokkan sikunya, serta memutarkan pergelangan tangannya hanya dengan memikirkan perbuatan tersebut.

Kuiken berkata, kemajuan lanjut seperti kebolehan untuk memindahkan deria rasa pada anggota sedang dikaji di makmal tetapi belum dapat dimanfaatkan oleh pesakit.

Kelemahan lain termasuk pesakit belum dapat merasai kekuatan genggaman tangan prostetik berkuasa bateri itu, tetapi Kuiken berkata, saintis sedang mencari jalan untuk meningkatkan teknologi itu dengan menambah bilangan sensor. - AFP


Aku sebenarnya minggu lepas dah baca dah pasal cerita ni kat Discovery news yang America mmg dah ade buat projek untuk buat lengan robot untuk mereka yang kurang upaya,just tak share sebab aku ingatkan masih dalam perancangan(just bace,xtau pulak ade video). Rupanya memang dah ade,,


click to play video


Dunia memang tak akan kebelakang,dengan teknologi yang ada sekarang aku just berharap teknologi ini tak disalahgunakan la,,nanti karang jadi pulak orang gila kuasa buat robot yang boleh dikawal guna otak saje,,ke buat macam dalam cerita spiderman 2 pulak nanti.

gambar hiasan

Kalau orang begini jadik betul-betul gemane?xkucar kacir dunia?Doctor Octupus dah ade, Spiderman nye mane?? Renung-renungkan dan selamat beramal.haha.

3 comments:

subhanallah..tu akal manusia yang diberikan Allah..
sekarang ni pun da ramai company military yang nak wat benda2 gini..

dorang wat banyak dah tu..agaknya yg dalam filem tu sume mereka dah ada

mungkin lah jugak.hek2.ironman pun dah ade kot.haha

Post a Comment